PROMOSI BULAN OGOS 2014

Dapatkan GLA Complex dengan pembelian 6 botol percuma 1 botol. Jom ajak kengkawan beli sama untuk membantu masalah dalaman wanita dan sesuai bagi mereka yang mahukan cahaya mata! GLA ada di rumah, tiada lagi miss senggugut setiap bulan. Hati senang, orang sekeliling pun sayang!!

MIGHTY 3 GEMS

ESP - MEAL SHAKE - PERFORMANCE DRINK

TONIK AJAIB

BAGI PELBAGAI PENYAKIT!

Sihat dengan Shaklee

Dapatkan supplemen untuk tubuh anda di sini. Badan sihat membawa kepada hubungan yang sihat

GET SLIMMING WITH SHAKLEE

TANPA KARBOHIDRAT - VEGETARIAN DAN SEDIKIT PROTIN - MULA MEMBAKAR LEMAK UNTUK SUMBER TENAGA

Thursday, June 19, 2014

Tips Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum

Berjumpa lagi pada kali ini,perkongsian mengenai penjagaan kaki untuk pesakit diabetes. Pesakit diabetes takkan lari jauh dengan luka. Bukan bermaksud sesiapa yang dapat sakit diabetes ni akan konfem ada luka. Ianya terjadi apabila pesakit diabetes tidak menjaga kakinya. Jika tidak jaga dengan baik, kaki luka dan akhirnya lambat sembuh. Pesakit diabetes yang mengalami luka memang akan lambat sembuh. Sebab tu ada yang dah luka sikit hingga melarat sampai potong kaki. Tips untuk elak kaki kena potong, sila jaga kaki anda dengan baik.

Pesakit diabetes ni secara lazimnya tidak dapat merasa melalui deria sentuhan di kakinya. Ibarat berjalan di awang-awangan. Mengapa? Kerana pesakit diabetes hanya merasa kebas di kaki mereka, sehingga menganggap kaki mereka ni tebal. Hakikatnya kaki mereka seperti orang biasa, jika terkena benda tajam akan terluka. Hal ini yang akan akibatkan ketidakpentingan menjaga kaki. 

Perkongsian ini amat penting kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes. Tapi kepada yang ada mak apak atau saudara mara yang ada penyakit diabetes ni pun perlu tahu. sharing is caring kan. 


Tips Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes

1. Periksa kaki
Periksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang luka walaupun luka kecil.Gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah dan sisi kaki.Jika anda mempunyai masalah penglihatan sila dapatkan bantuan daripada keluarga.

2. Kebersihan kaki
Cuci kaki setiap hari.Elak menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kaki melecur dan kecederaan.

3. Cara potong kuku
Jangan potong kuku terlalu pendek kerana boleh mencederakan isi berdekatan kuku.Potong kuku secara melintang.

4. Pemilihan Kasut
Elak beli kasut pada waktu pagi kerana waktu tersebut kaki masih lagi tidak kembang menyebabkan anda tidak selesa untuk memakainya.Pilih kasut berbentuk B dan bukan bentuk A kerana boleh menyebabkan penyekatan peredaran darah.

5. Pakai kasut atau selipar setiap kali keluar rumah.Jagaan ektrimities bawah adalah penting untuk mengelakkan kemasukan kuman.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu bagi mengelakkan luka yang boleh menjadi lebih teruk sehingga TERPAKSA memotong kaki.

Pengambilan vivix juga boleh membantu mempercepatkan proses sembuhan luka di kaki. Nak tahu bagaimana? boleh baca di sini --> Vivix Merawat Luka Penderita Diabetes

Credit

*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Tips Mengurangkan Pengambilan gula dalam makanan

Assalamualaikum

Pengambilan gula yang berlebihan didalam makanan boleh menyebabkan insulin tidak berfungsi dan mengakibatkan penyakit diabetes. Entri kali ni saya nak kongsikan mengenai "Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan". Entri kali ini bukan sahaja untuk pesakit diabetes, tetapi sesuai juga kepada kita yang belum ada lagi tanda menghidapi penyakit diabetesKan mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Secara semula jadinya, gula wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.


Sebaliknya, gula yang hadir secara tersembunyi yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan di rumah. Contohnya, minuman kordial, minuman bergas, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.

Gula terhasil dari proses makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan seperti:

Menyebabkan kegemukan. Kegemukan merupakan satu risiko yang berkait rapat dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Menyebabkan terjadinya karies gigi (kerosakan gigi). Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang terdapat pada permukaan gigi anda akan menggunakan gula ini untuk menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.


Keperluan gula dalam sehari
Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120 gram) gula termasuklah gula tersembunyi diambil sehari oleh setiap individu di Malaysia. Ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuklah gula yang ditambah atau tersembunyi.

Kandungan gula dalam makanan

Jenis makanan/minuman Gula (sudu/teh) 
* Minuman bergas (tin 435ml) 9
* Sepotong pai epal (200 gram) 9
* Kordial (segelas) 5
* Minuman kotak (285 ml) 5
* Aiskrim (satu skop) 4
* Jem (sesudu makan) 3
* Bijirin sarapan manis (secawan) 3
* Kuih koci (50 gram) 2
* Kuih seri muka (50 gram) 1
* Biskut berkrim (sekeping) 1

Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan
Antara Tips yang boleh anda semua guna pakai ialah, 

1. Pilih makanan daripada bahan pemanis semulajadi

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, antara makanan yang memiliki bahan pemanis semulajadi ialah buah-buahan. Ianya sangat sangat lah elok, kerana di dalam buah-buahan ni terdapat vitamin-vitamin yang kita perlukan

2. Kurangkan gula didalam resepi masakan


Ini amatlah disyorkan ya. Yela kadang kala, lebihan gula tu datang sendiri dari masakan kita. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Aicehhh.

3. Kurangkan penggunaan susu pekat


Memang dah tahu kan, susu pekat ni sangatlah manis. Kalau diet tang lain, tapi masih guna susu pekat banyak-banyak tak ada guna dik oii. 

4. Kurangkan minuman berkarbonat

Seperti semua tahu, minuman berkarbonat ni terlalu tinggi kandungan gulanya. Jangan percaya jika di air tersebut menulis "less sugar", hakikatnya sama je tinggi kandungan gulanya

5. Kurangkan makanan manis

Ini sangat perlu ya, yela kata nak diet kurang makan manis, tapi duk bedal cokelat. Baik tak payah yea .

6. Banyak minum air putih

Tips ni memang semua orang tahu, minumlah air putih banyak-banyak. Jangan pula anggap 100 plus tu air putih pulak yea. Minum air putih ni bagus untuk tubuh, dapat natural beauty lagi.

7. Ambil Suplemen

Pengambilan suplemen juga membantu yea bagi mengurangkan kandungan gula dalam makanan. Atau fungsi suplemen ni juga bagi menambah vitamin di dalam tubuh, sebagai contoh vitamin c. Vitamin c shaklee mengandungi 7 biji oren bagi 1 tablet. Haa, tak perlu la yea nak makan sampai 7 biji sehari, senang senang telan 1 tablet je sehari.

8. Makan secara teratur

Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari. Makan secara teratur akan memberikan tubuh bertenaga sepanjang hari dan mengatur tahap gula dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat kerana semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk ke dalam aliran darah. 

9. Jaga keseimbangan pola makanan

Jaga keseimbangan hormon tubuh. Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah yang menyebabkan kadar insulin naik. Sebaiknya pola makanan harus terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan karbohidrat dalam aliran darah dan memberi sumber tenaga yang stabil.

10. Baca label makanan

Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung. Sebahagaian makanan, kadar gulanya tersembunyi kerana tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa, glukosa maltosa, fruktosa dan sebagainya. Berhati-hati dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.

Selesai sudah 10 Tips mengurangkan pengambilan gula dalam makanan, moga bermanfaat kepada semua. Jom jaga kesihatan untuk sekarang dan selamanya. Tambah manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan. Terima Kasih !
*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Wednesday, June 18, 2014

Tanda-tanda paras gula rendah

Assalamualaikum

Diabetes akibat dari paras gula yang terlalu tinggi sehingga mengakibatkan insulin tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Tetapi, mustahil tak jika seseorang yang menghidapi penyakit diabetes akan mengalami masalah paras gula rendah? Baiklah, kali ini nak kongsikan sedikit mengenai paras gula rendah. Atau dipanggil Hipoglisemia oleh doktor doktor, cehhh.


Apa itu Hipoglisemia?
Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).

Mengapa Hipoglisemia terjadi?
Hal ini adalah kerana beberapa faktor yang mengakibatkan paras gula seseorang itu rendah. Antaranya ialah:
  • Menggunakan terlalu banyak insulin
    • Bagi pesakit diabetes yang sudah menggunakan insulin, doktor telah berikan dos yang sepatutnya, jadi tolong patuhi yea. Nasihat saya, dari pengalaman mak dan arwah nenek sendiri, jika kita dalam keadaan perut kosong, insulin tu boleh diturunkan sedikit dosnya untuk elak dari terjadi Hipo ni. Lebih elok, tolong makan sedikit untuk mengisi perut sebelum suntik insulin
  • Makan terlalu sedikit,lewat makan atau langsung tidak makan
    • Memang benar pesakit diabetes perlu menjaga makan. Tapi, bukan tidak makan yea. Ini akan akibatkan paras gula dalam darah anda turun. Jadi, nak jaga makan, makanlah makanan bersumber tumbuhan, kekacang yang sangat elok untuk pesakit diabetes. Lebih elok minum vivix, stabil jer kadar gula nanti. hihi
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti yang berat tanpa memakan lebih karbohidrat
    • Baiklah, ini sangat perlu ya. Makanlah makanan yang mampu menampung tubuh kita ni. Jangan nak jaga makan punya pasal, tak makan karbohidrat tapi lepas tu pergi angkat besi nak jual kat besi buruk (contoh sahaja) hihi. Jika kita bekerja memerlukan tenaga untuk aktiviti yang berat, amat digalakkan mengambil kandungan karbohidrat yang lebih ya, supaya ia akan menjadi tenaga nanti. 

Apakah tanda-tanda Hipoglisemia?
Perkara ini amatlah perlu kita tahu, supaya nanti kita tidaklah pengsan tanpa sedar. Dengan kata lebih faham, mata terbuka, badan bergerak tapi sebenarnya kita ni pengsan tidak sedar diri. Orang lihat kita macam sedar, tapi kita sendiri tak sedar apa-apa pun.

  1. Jantung rasa berdebar-debar
  2. Kepenatan
  3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  4. Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  5. Berpeluh
  6. Rasa menggigil
  7. Sakit kepala
  8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
  9. Pertuturan menjadi tidak jelas
  10. Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan (ini yang saya maksudkan tadi)
Jika kita sedar tanda-tanda di atas, apa yang perlu kita buat? Takkan nak biarkan je? Baiklah, saya kongsikan sedikit lagi mengenai apa yang perlu kita lakukan jika ada orang sekeliling kita menghadapi situasi tersebut atau diri kita sendiri.
  1. Minum sedikit air buah-buahan
  2. Ambil 1/2 tin minuman ringan
  3. Ambil 2 sudu teh gula pasir
  4. Makan sedikit snek
  5. Ambil 7 biji kekacang jeli
  6. Gosokkan serbuk glukos ke gusi
Lebih mudah faham, jika situasi ini berlaku, cepat cepatlah makan atau minum benda manis. makan sebiji gula-gula pun dah okay.

15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.  Apabila aras gula menjadi normal,  sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan. Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal. Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Penjagaan makanan ini amat perlu untuk kita sentiasa berada dalam keadaan stabil. Saya cadangkan pengambilan vivix amatlah sesuai. Kerana ramai pesakit diabetes sudah mencuba vivix dan hasilnya sangat positif. Antaranya anda boleh baca disini --> testimoni vivix

Credit


*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Monday, June 16, 2014

8 Jenis Makanan dapat menurunkan kadar gula dalam darah

Assalamualaikum

Terdapat ramai yang mempunyai penyakit diabetes hanya menganggap tidak makan karbohidrat sahaja untuk maintain kadar gula dalam darah. Ya, memang antara tips untuk mengelakkan gula naik tinggi ialah tidak makan makanan karbohidrat terlalu banyak. Tapi ada juga antara makanan yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah

Pesakit diabetes amat perlu mengambil berat mengenai pemakanan mereka. Jika tersilap makan, naiklah kadar gula dalam darah tu. Disini, saya nak kongsikan sedikit mengenai makanan-makanan yang dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

8 Makanan untuk pesakit diabetes menurunkan kadar gula dalam darah

Ubi keledek
Makanan glisemik yang rendah akan membantu anda mengurangkan mata. Ubi keledek mengandungi serat yang tinggi daripada kentang biasa, membuat mereka yang sihat, rendah glisemik alternatif. Selain itu, ubi keledek mengandungi tahap tinggi anti-oksidan, dipercayai mempunyai kesan positif kepada rintangan insulin. Komponen Vitamin B6 yang tinggi yang ditemui dalam ubi keledek juga membantu mengurangkan risiko kencing manis penyakit jantung.
Kulit kayu manis
Penyelidik telah dinilai rempah yang biasa digunakan dan mendapati sesetengah yang membantu bacaan gula dalam darah yang rendah. Cinnamon merupakan salah satu yang paling tinggi nilai untuk mengurangkan tahap darah. Kulit kayu manis Cassia
Avacado
Lemak sihat buah-buahan ini telah menunjukkan untuk meningkatkan sensitiviti insulin anda dan darah rendah paras gula. Avacados yang tinggi dalam lemak Walau bagaimanapun, dan perlu dimakan secara sederhana.
Kacang
Seperti avacados, kacang yang tinggi dalam lemak, tetapi juga membantu lebih rendah rintangan insulin. Contoh kacang yang sihat adalah pecans, badam, cashews, walnut dan kacang tanah.
Cuka
Kajian yang dijalankan di Universiti Negeri Arizona menunjukkan bahawa cuka, bahan aktif asid asetik, mengurangkan tahap glukosa berpuasa dan selepas makan. 2-3 Sudu besar setiap hari cuka epal adalah dos berkesan.
Buah ceri
Buah ceri adalah makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis jenis 2. Ia mengandungi tahap anti-oksidan yang tinggi dan serat yang membantu anda meningkatkan pengeluaran insulin anda dan mengurangkan kolesterol anda. Mereka anda juga rendah kalori.
Lemons
Lemons adalah tinggi Vitamin C dan rendah glisemia skala. Keasidan dalam buah-buahan ini membantu mencegah pancang gula dalam darah dan tahap glisemia yang lebih rendah. Di samping itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa lemons dan jus lemon membantu dalam pengurangan berat badan.
Bawang putih
Bawang putih telah lama dikenali untuk meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan anti yang kukuh.
Pemakanan yang sihat amat penting bagi semua, bukan sahaja mereka yang menghidapi penyakit kencing manis sahaja. Kerana jika anda tidak menjaga pemakanan juga boleh berisiko menghidapi lain lain penyakit. 


*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Set Bajet Diabetes membantu menurunkan kadar gula dalam darah

Assalamualaikum

Pernah ingat tak entri yang saya kongsikan mengenai set diabetes. Terdapat 7 jenis suplemen yang perlu bagi menyempurnakan untuk membantu pesakit diabetes. Tapi saya faham mengenai kos. Tapi cuba fikir berbaloi tak jika hari ini kita hanya laburkan RM45* tapi kesihatan kita sentiasa sihat tanpa perlu mengalami masalah buah pinggang, potong kaki dan sebagainya. Berbanding kita keluar beribu untuk mengubati buah pinggang jika kita tidak laburkan RM45* tu? *mungkin anda lebih rela melaburkan beribu daripada beratus sahaja.

Baiklah, saya tak nak cerita mengenai taraf kewangan sebenarnya. Entri kali ini saya nak kongsikan mengenai set bajet diabetes. Sesuailah untuk mereka yang nak membeli secara bajet ini. 


Gambar di atas merupakan set bajet diabetes yang terdiri daripada Zinc Complex, GLA Complex dan B-Complex. Selain daripada beli satu set complete, anda juga boleh sahaja beli set bajet ini. set ini sangat berbaloi dan mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah. InsyaAllah.

Fungsi bagi setiap suplemen:

GLA Complex:-
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Membantu merendahkan kadar gula di dalam darah
Zinc Complex:-
  • Membantu tubuh mengeluarkan insulin
  • Mengekalkan fungsi insulin dalam tubuh
B-Complex:-
  • Membantu menukar makanan menjadi tenaga dengan cara menukar lemak, karbohidrat dan protein untuk menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh
Dah lihat fungsinya? Walaupun hanya set bajet, tetapi ia dapat juga membantu menurunkan kadar gula dalam darah dan jua membantu dalam proses insulin.

Bagaimana harga set bajet diabetes?

Harga set bajet diabetes ini tidak lebih dari RM200. Percayalah kerana harganya bukan sahaja dibawah RM200, bukan RM190 tetapi harganya dibawah RM180. Serius? ya memang benar. Harga bagi set bajet diabetes ini hanyalah RM17*.** sahaja. 



*Jika anda berminat ingin mencuba set bajet diabetes ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Friday, June 13, 2014

Fungsi GLA Complex

Assalamualaikum

Baiklah, sebelum ni saya dah ceritakan mengenai GLA Complex kan? seperti yang dijanjikan, kini saya nak ceritakan mengenai fungsi GLA Complex pula. Macam-macam fungsi yang akan dapat dari GLA Complex ni. lagi lagi orang puan (gaya ustaz azhar idrus sebut perempuan). Dan GLA Complex ni memang amat amat sesuai untuk orang puan. 


Fungsi GLA Complex:
  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan
  • melegakan PMS
  • membantu dalam mengatasi monopus
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu menangani ekzema
  • melegakan simptoms akibat arthiris reumatoid
  • mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • menguatkan imuniti tubuh
  • memperlahankan proses penuan
  • mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolestrol
  • untuk fungsi saraf

Lihat? Pelbagai fungsi GLA ni untuk tubuh kita lagi-lagi perempuan. Maklumlah perempuan ni lah melahirkan anak, menyusukan anak. 

Bagi pasangan suami isteri yang belum punyai anak lagi, dan dah cuba bermacam-macam jenis ubat, boleh juga mencuba suplemen ni. InsyaAllah, membantu bagi kesuburan seseorang tu. 

Kepada yang mengalami masalah jerawat semasam period pun bagus mencuba GLA ini bagi mengawal hormon. Akibat jerawat keluar banyak semasa period adalah sebab hormon yang tidak seimbang.

GLA ni memang untuk semua orang yang mengalami masalah sakit puan ni. Jika nak tahu lagi mengenai GLA boleh whatsapp saya 0177811698 tanpa segan silu yaa.

Mengenai harga? tidak sampai RM100 pun! dann GLA Complex ni boleh tahan sehingga sebulan.

Siapa yang layak mengambil GLA Complex ni? nantikan entry seterusnya yea!


*Jika anda berminat ingin mencuba produk GLA Complex ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Apa Itu GLA Complex?

Assalamualaikum

Pada entri kali ni terdetik pula nak cerita mengenai GLA Complex. Atau nama panjangnya Gamma Linolenic Acid(GLA). GLA ini mampu membantu masalah yang dihidapi oleh wanita. Kali ini, anda semua akan kenal lebih dekat mengenai GLA Complex ini yang sangat sesuai pada wanita dan juga merupakan salah satu suplemen di dalam set diabetes.



EPO(Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. EPO juga terdapat kandungan GLA didalamnya, tetapi di shaklee tidak memperkenalkan EPO kerana shaklee memperkenalkan GLA Complex yang jauh lebih baik dari EPO. GLA Complex shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage yang mengandugi Gamma Linolenic Acid(GLA), Asid Linolenic(LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Bunga Borage


Secara azalinya, asid gamma linolenik ni digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tandanya putus haid. Ianya tiada perisa atau pewarna tambahan didalam GLA Complex shaklee ini.



Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.


GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Apakah fungsi GLA Complex ini? Sehingga dikategorikan sangat bagus untuk wanita? Nantikan entri seterusnya yea !


*Jika anda berminat ingin mencuba produk GLA Complex ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Thursday, June 12, 2014

Kelebihan Vivix Shaklee

Assalamualaikum

Kali ini nak kongsikan lagi pasal vivix ni. Tapi pada kali ni nak cerita pasal kelebihan vivix. Selain amat sesuai untuk pesakit diabetes, banyak lagi kelebihan yang vivix ni ada. Nak tahu? teruskan pembancaan anda.



Manfaat Vivix yang akan anda dapat ialah:
  • Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
    • Melalui vivix, kita akan sentiasa awet muda. Cehh, sebenarnya vivix ni dihasilkan bagi melambatkan proses kedutan. Sebab tu kalau minum vivix ni, sentiasa awet muda. Sebagai contoh, macam ayu raudhah, kalau nak tahu ayu raudhah pengguna tegar vivix ni ya. Tak caya? Sila tanya en google yea.
  • Bantu dalam menghalang kanser
    • Kerana vivix ni boleh menstabilkan kembali DNA darah dalam badan kita ni.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi dalam pesakit diabetes
    • Ini yang sebelum ni saya cerita mengenai vivix membantu pesakit diabetes dari kandungan gula tinggi, saraf, penyakit mata dan macam macam lagi.
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
  • Bantu dalam pengurangan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Menyokong kesihatan keseluruhan
Hah!! lihat banyak gila kelebihan vivix ni. Walaupun harganya macam tu, tapi manfaat yang kita akan dapat? Sangat berbaloi dengan harga yang kita laburkan. 

Nak lebih percaya mengenai vivix, boleh ke sini --> Testimoni Vivix

Jangan lupa pilih saya sebagai konsultan anda yea. 


*Jika anda berminat ingin mencuba produk ostematrix ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Wednesday, June 11, 2014

Mengenali bacaan gula dalam darah

Assalamualaikum

Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai bacaan gula dalam darah. Dah tentunya, saya sendiri sering terfikir bagaimana kita nak tahu yang kita ada diabetes selain mengetahui gejala diabetes? Dekat rumah saya sendiri ada alat bacaan gula dalam darah ni. Cuma belum pernah try lagi. hihi. 

Boleh dikatakan takut jugak lah nak cuba, sebab pertama takut dapat tahu yang kita ni ada diabetes ke tak (tolong jangan tiru perangai ini) dan sebab paling kuat sebenarnya takut jarum. haha. macammana la nak pregnant kalau jarum pun takut. Alahai, nak buat cam mana, tu la hakikatnya. 

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan keatas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

Pemeriksaan kandungan gula dalam darah ini amat penting bagi pesakit diabetes. Kerana kandungan gula dalam darah yang tidak dikawal akan mengakibatkan kesan yang lebih teruk lagi seperti masalah mata, saraf, potong kaki dan sebagainya. 

Beberapa jenis pemeriksaan glukose dijalankan seperti:
  • Fasting Blood Sugar(FBS) atau pemeriksaan glukose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam
  • 2-hours Postprandial Blood Sugar(2HPP) atau pemeriksaan glukose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula. 
  • Random Blood Sugar(RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahan untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes. 
  • Oral Glucose Tolerance Test(OGTT) ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.
Bacaan Glucose yang Normal

Bagi 'Fasting Blood Sugar (FBS)'



Bagi 'Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)'

Bacaan ini untuk orang biasa(bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam minum 75-gram air glucose

Bacaan glucose dalam darah yang normal ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.

Jika anda mendapati kandungan gula anda tinggi, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor berdekatan dengan anda. Atau jika anda ingin check kandungan gula ni, bolehlah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan jika tiada glucometer di rumah.



*Jika anda berminat ingin mencuba set diabetes ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!

Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...