Assalamualaikum
Dah baca tajuk? Tak senonoh kan tajuk saya hari ini. HAHA. Just nak kongsikan apa yang terjadi pada diri sendiri. Malu tak malu lah kan nak cerita. Tapi ia sesuai bagi mereka yang nak tahu pasal ni. Yela, nak tanya orang malu, so baca kat belog je la kan. sila sila tambah pengetahuan.
Lately ni, saya buang air besar ada la terperasan yang najis saya berwarna hitam. actually, tak bagus yea tengok najis. Bukan habit yang bagus untuk dicontohi. Tapi dah terperasan nak buat cane kann. So, dengan rasa risau terus duk google pasal najis berwarna hitam ni. Yela, risau takut ada penyakit ke hape ke kan. Mana taknya, tak pernah pernah kan. duk search search jumpa la satu belog ni ada cerita pasal najis dan kesihatan. belog Moh Melepak . Jemput baca pasal najis dan kesihatan kat situ yea.
Dah baca-baca baru tahu yang najis warna hitam ni bukan sebab penyakit. ni sebab makan vitamin zat besi. Last week saya pergi buat ujian hiv & talesemia untuk pasangan bakal berkahwin kan. saya punya darah merah rendah, so doctor bagi ubat and kena buat ujian balik bulan depan nanti. Aduhhh. Ubat dia bagi antaranya vitamin zat besi, vitamin b-complex, acid folic and vitamin c. Patutlah najis aye warna hitam. sebab makan vitamin zat besi. wawawa.
Tapikan, kalau anda yang mengalami najis berwarna hitam ni dalam masa yang sama anda tak ada makan vitamin zat besi pun, saya syorkan supaya anda berjumpa dengan doktor dalam kadar yang segera.
'Jika terdapat pendarahan di bahagian atas usus seperti di perut atau esofagus, najis boleh menjadi hitam dan seperti tar,' terang Dr Foxx-Orenstein.Hah, jaga jaga cik salmah. Kalau nak tahu lagi pasal najis, jemput baca terus di belog Moh Melepak ni yea. Saja nak kongsi cerita..
*Maaf, entry kali ni takde gambar. kang letak gambar tahi korang geli pulakkkk!
Sesiapa yang ada penyakit anemia(kurang darah merah macam aye) bolehlah ambil suplement vita-lea, b-complex, vita-c n ostematrix yea. Ianya juga membantu anda menambah darah :) Doakan saya punya hb naik bulan depan yea. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin...
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3
nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan
0 comments:
Post a Comment