Assalamualaikum
Berjumpa lagi pada kali ini,perkongsian mengenai penjagaan kaki untuk pesakit diabetes. Pesakit diabetes takkan lari jauh dengan luka. Bukan bermaksud sesiapa yang dapat sakit diabetes ni akan konfem ada luka. Ianya terjadi apabila pesakit diabetes tidak menjaga kakinya. Jika tidak jaga dengan baik, kaki luka dan akhirnya lambat sembuh. Pesakit diabetes yang mengalami luka memang akan lambat sembuh. Sebab tu ada yang dah luka sikit hingga melarat sampai potong kaki. Tips untuk elak kaki kena potong, sila jaga kaki anda dengan baik.
Pesakit diabetes ni secara lazimnya tidak dapat merasa melalui deria sentuhan di kakinya. Ibarat berjalan di awang-awangan. Mengapa? Kerana pesakit diabetes hanya merasa kebas di kaki mereka, sehingga menganggap kaki mereka ni tebal. Hakikatnya kaki mereka seperti orang biasa, jika terkena benda tajam akan terluka. Hal ini yang akan akibatkan ketidakpentingan menjaga kaki.
Perkongsian ini amat penting kepada mereka yang mengalami penyakit diabetes. Tapi kepada yang ada mak apak atau saudara mara yang ada penyakit diabetes ni pun perlu tahu. sharing is caring kan.
Tips Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Diabetes
1. Periksa kaki
Periksa kaki setiap hari untuk mengesan sebarang luka walaupun luka kecil.Gunakan cermin untuk memeriksa bahagian bawah dan sisi kaki.Jika anda mempunyai masalah penglihatan sila dapatkan bantuan daripada keluarga.
2. Kebersihan kaki
Cuci kaki setiap hari.Elak menggunakan air panas kerana boleh menyebabkan kaki melecur dan kecederaan.
3. Cara potong kuku
Jangan potong kuku terlalu pendek kerana boleh mencederakan isi berdekatan kuku.Potong kuku secara melintang.
4. Pemilihan Kasut
Elak beli kasut pada waktu pagi kerana waktu tersebut kaki masih lagi tidak kembang menyebabkan anda tidak selesa untuk memakainya.Pilih kasut berbentuk B dan bukan bentuk A kerana boleh menyebabkan penyekatan peredaran darah.
5. Pakai kasut atau selipar setiap kali keluar rumah.Jagaan ektrimities bawah adalah penting untuk mengelakkan kemasukan kuman.
Semoga tips-tips di atas dapat membantu bagi mengelakkan luka yang boleh menjadi lebih teruk sehingga TERPAKSA memotong kaki.
Pengambilan vivix juga boleh membantu mempercepatkan proses sembuhan luka di kaki. Nak tahu bagaimana? boleh baca di sini --> Vivix Merawat Luka Penderita Diabetes
Credit
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3
nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan
0 comments:
Post a Comment