Tuesday, July 1, 2014

Amalan Tabiat Pemakanan Punca Gastrik

Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog membisu tanpa kata. Kini muncul di awal Julai. Alhamdulillah. Jadi hari ini saya nak cerita mengenai Gastrik. Semua pasti tahu kan? Sakit perut bila perut kosong atau lambat makan dah tentu akibat gastrik. Lagi-lagi bulan puasa ini.



Percaya tak, ramai yang memberi alasan tidak berpuasa kerana gastrik. Bila time tengahari mula dah perut sakit teramat sangat dan pengakhirannya berbuka puasa. Bagaimana gastrik ni boleh terjadi? Apa punca gastrik ni? Jika anda mahu tahu, teruskan pembacaan.

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Ini adalah antara punca terjadinya gastrik ini. Jika ia dilanjutkan, ia akan mengakibatkan gastrik. Bagi saya lebih baik dielakkan. Once dah dapat gastrik, mulalah susah nak berpuasa. Tapi entri seterusnya, insyaAllah saya nak kongsikan Rahsia Orang Gastrik Boleh Berpuasa Penuh di Bulan Ramadhan. Nantikan ya, entri akan datang.

BELI SET BERPUASA DI SINI

*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...