Wednesday, June 11, 2014

Mengenali bacaan gula dalam darah

Assalamualaikum

Pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai bacaan gula dalam darah. Dah tentunya, saya sendiri sering terfikir bagaimana kita nak tahu yang kita ada diabetes selain mengetahui gejala diabetes? Dekat rumah saya sendiri ada alat bacaan gula dalam darah ni. Cuma belum pernah try lagi. hihi. 

Boleh dikatakan takut jugak lah nak cuba, sebab pertama takut dapat tahu yang kita ni ada diabetes ke tak (tolong jangan tiru perangai ini) dan sebab paling kuat sebenarnya takut jarum. haha. macammana la nak pregnant kalau jarum pun takut. Alahai, nak buat cam mana, tu la hakikatnya. 

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan keatas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

Pemeriksaan kandungan gula dalam darah ini amat penting bagi pesakit diabetes. Kerana kandungan gula dalam darah yang tidak dikawal akan mengakibatkan kesan yang lebih teruk lagi seperti masalah mata, saraf, potong kaki dan sebagainya. 

Beberapa jenis pemeriksaan glukose dijalankan seperti:
  • Fasting Blood Sugar(FBS) atau pemeriksaan glukose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam
  • 2-hours Postprandial Blood Sugar(2HPP) atau pemeriksaan glukose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula. 
  • Random Blood Sugar(RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahan untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes. 
  • Oral Glucose Tolerance Test(OGTT) ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.
Bacaan Glucose yang Normal

Bagi 'Fasting Blood Sugar (FBS)'



Bagi 'Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)'

Bacaan ini untuk orang biasa(bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam minum 75-gram air glucose

Bacaan glucose dalam darah yang normal ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.

Jika anda mendapati kandungan gula anda tinggi, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor berdekatan dengan anda. Atau jika anda ingin check kandungan gula ni, bolehlah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan jika tiada glucometer di rumah.



*Jika anda berminat ingin mencuba set diabetes ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!

Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...