Tuesday, May 27, 2014

TANGAN DAN KAKI KEBAS TANDA AWAL KENCING MANIS??

Assalamualaikum . .

Sekian lama tanpa khabar berita. Busy teramat sangat sehingga tiada masa berkongsi ilmu. Maafkan saya. huahuahua. Kembali kepada topik mengenai tangan dan kaki kebas merupakan tanda awal kencing manis. Mengapa saya pilih topik ini sebagai pembuka entry setelah lama tidak berkeyboard? Kerana keluarga saya mempunyai penyakit ni. I should share with all of you.




Diabetes atau kencing manis merupakan major penyakit yang terdapat di Malaysia ini.. Di sini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian dari blog http://www.tv3.com.my/ mengenai penyakit diabetes ni.. 


Kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan, kata Presiden Majlis Pencegahan Obesiti Jong Koi Chong.
Beliau berkata angka itu amat tinggi dan telah meletakkan Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan keenam di rantau barat Pasifik.
"Ini bukan sesuatu yang membanggakan dan kita semua perlu bekerjasama dan membantu mendidik orang ramai mengenai pentingnya mencegah dan membendung penyakit ini," katanya.
Pada Persidangan Diabetes Kebangsaan ke-4 di sini hari ini, Jong berkata berbanding pada 2006 apabila hanya 8.6 peratus orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, kajian terbaharu pada 2011 menunjukkan 15.2 peratus orang dewasa menghidap diabetes.
Turut hadir pada persidangan itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie dan Presiden Persatuan Diabetes Malaysia (MDA) Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail.
Dr Ikram Shah berkata Malaysia telah melepasi anggaran 807,000 pesakit diabetes pada 2025 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Beliau berkata diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dicegah dan bagi mereka yang menghidapnya, komplikasi akibat diabetes boleh dilewatkan atau dicegah.
Dr Azmi pula menasihatkan rakyat Malaysia mencegah dan mengawal diabetes dan komplikasinya dengan menjalani gaya hidup sihat dan membuat pilihan lebih baik dalam corak pemakanan.
Beliau berkata kebutaan, kegagalan buah pinggang, gangren yang membawa kepada amputasi dan sakit jantung adalah komplikasi yang boleh dicegah dengan membuat pilihan lebih baik dan pemakanan seimbang.
"Membuat sedikit perubahan dalam gaya hidup kita akan membawa perbezaan besar. Kita patut lebih banyak berjalan, gunakan tangga daripada lif dan elak makanan berlemak, terutamanya pada lewat malam," katanya.
Dr Azmi juga menasihatkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Jumlah_Penghidap_Diabetes_Di_Malaysia_Membimbangkan.html#sthash.1dHRS8XW.dpuf

TANDA AWAL DIABETES MENYERANG TUBUH

Mudah Lelah 
Saat menderita diabetes, hormon insulin anda tidak aktif bekerja sehingga menjadi penumpukan glukosa. Akibatnya tubuh anda terasa lemas dan mudah lelah.

Kulit Kering
Kulit menjadi kering sebab adanya neuropati perifer pada tubuh penderita diabetes yang dapat mempengaruhi sirkusa dan fungsi kelenjar keringat.

Mudah haus
Ini adalah salah satu tanda yang paling umum yang terjadi pada penderita diabetes. Hal ini terjadi sebab ginjal menyerap sebahgian besar cairan sehingga mengakibatkan anda mudah haus.

Penyembuhan luka yang lama
Hal ini terjadi sebab hormon insulin tidak bekerja, sehingga mengakibatkan sistem kekebalan tubuh melemah dan membuat proses penyembuhan luka menjadi lama.

Penurunan berat badan yang drastis
Jika Anda mengalami penurunan berat badan yang drastis padahal Anda sedang tidak berdiet atau menjalani program pembentukan badan, Anda patut waspada. Sebab hal ini bisa menjadi tanda awal Anda terkena diabetes. Penurunan berat badan ini terjadi akibat ketidakmampuan tubuh untuk melepaskan energi. 

Penurunan penglihatan
Peningkatan kadar glukosa dapat merusak pembuluh darah dan mengurangi cairan yang ada dalam lensa mata Anda. Hal ini lama kelamaan akan mempengaruhi penglihatan Anda dan dapat menyebabkan kebutaan.

Tangan dan kaki kebas
Kelebihan glukosa dalam darah dapat berpengaruh terhadap sistem saraf. Hal ini menyebabkan ketidakmampuan untuk merasa dan juga munculnya rasa seperti terbakar di tangan dan kaki.

Sakit kepala
Seorang yang menderita diabetes juga dapat mengalami rasa sakit kepala yang amat sangat.

Infeksi kulit
Saat sistem kekebalan tubuh menurun, ada kemungkinan munculnya infeksi kulit dan juga luka yang memerlukan waktu lama untuk proses penyembuhan.

Rasa lapar yang berlebihan
Saat banyak cairan yang dikeluarkan dari dalam tubuh, dapat meningkatkan rasa lapar.

Kencing manis ini adalah penyakit yang boleh membawa kematian. Bagaimana ingin mencegah daripada diabetes ini ialah jaga pemakanan. Ambillah pemakanan yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati. 



*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...