Thursday, May 29, 2014

CARA MENCEGAH DARI MENDAPAT PENYAKIT DIABETES

Assalamualaikum

Apabila semua dah tahu apa itu Diabetes, dan penyakit ini juga merupakan salah satu yang boleh membawa kematian. Ramai yang takut dan tak mahu penyakit ini menghampiri. Tapi bagaimana kita nak mencegah daripada mendapat diabetes ini? Kali ini saya ingin kongsikan cara mencegah dari mendapat penyakit diabetes ini. 

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?



Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.

Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.

Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Sila kekalkan berat badan yang unggul.



Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah

Melakukan senaman fizikal
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin. Manakala, jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.

Anda boleh menjaga diri anda sendiri

Penjagaan secara umum:

Penjagaan kulit

  • Mandi setiap hari
  • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
  • Merawat luka dan calar dengan segera
  • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
Penjagaan kaki

  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
  • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus
  • Tukar stokin anda setiap hari
  • Jangan berjalan tanpa kasut
  • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
Mengawasi diri sendiri

  • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes



Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Mengelakkan minuman keras
Berhenti merokok

Anda masih lagi ragu ragu dengan tanda diabetes? Boleh baca maklumat tanda diabetes di SINI




*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!

Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...