Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Baiklah, disini saya nak ceritakan sedikit tentang ESP ni. Apa itu ESP? dengan perkataan panjangnya ialah, Energizing Soy Protein Isolate Powder . Kepada yang pernah dengar atau tengok, TAHNIAH diucapkan . Tapi, bagi yang baru dengar tak apa kita baca dan faham ya . *cehh, dah macam apa entah dengan intro ni :)
Bila tengok je nama dia, ada soy mesti dah boleh agakkan? Of course ada kaitan dengan soya! Yes, tepat! Semua orang pasti tahu, kalau minum soya rasa kenyang je kan.
Untuk pengetahuan semua, ESP ini merupakan protein bukan-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino yang diperlukan di dalam badan kita ini. *Haa, jangan menganga besar sangat nanti masuk lalat* Mesti semua tanyakan apa itu GMO? GMO ialah Genetically Modified Organism. Nampak tak perkataan "Modified" tu? That's mean apa apa supplement atau makanan yang ada GMO tu sangat lah tidak bagus kerana ia telah dimodifiedkan. Tak takut ke kalau dalam makanan atau supplement tu mempunyai bahan kimia yang tidak dikehendaki? Tapi ESP ni tak perlu risau kerana ia membekalkan protein bukan GMO. So, jangan risau la ya.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging,telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan juga kolestrol.
Apa yang shaklee providekan dalam ESP ni :
- Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
- Protein soya membantu mengurangkan kolestrol.
- Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
- Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan dibawah satu program yang digelar Identity Preservation Program(IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah di saat pemprosesan.
Mesti ramai tertanyakan apa beza ESP ni dengan soya biasa? Dan ada juga yang meragui khasiat ESP ni. Disini saya nak buat sedikit summary dan pemahaman supaya kita yang ambil ESP ni mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu barulah kita akan yakin dan apabila kita dah yakin, barulah khasiatnya akan betul betul terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kita inginkan. Makan tanpa ilmu, tidak bermakna apa apa malah akan memberi impak yang tak bagus sebab kita akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kita tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya dari apa yang kita makan dan ambil.
ESP merupakan protein, dan mengapa protein ni tersangatlah penting di dalam tubuh badan kita ni?
Hal ini kerana, protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot otot, organ organ, plasma, antibodi, enzym, hormone, haemoglobin dan sel sel. Keseluruhan sel-sel(anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikkan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikkan tisu-tisu yang rosak@cedera dengan tisu-tisu yang baru.
Apa yang best sangat tentang ESP ni? *Jangan baca jika anda takut jatuh cinta* ESP merupakan sumber "protein lengkap" dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seimbang, berasaskan tumbuhan (non-GMO soya -yang paling asli) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol dan ianya terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disampinh membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat rendah iaitu 1gm dan tanpa laktosa dimana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
Yang paling best + syok ialah kelebihan ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri. *tak dinafikan sebab berlaku pada diri sendiri* Ianya juga membantu menghilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mangawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
Kalau anda semua nak tahu, ESP ni kalau diambil bersama supplement supplement lain dari shaklee, akan bantu penyerapan yang lebih baik. Cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak ambil bersama ESP.
Baiklah tu merupakan intro bagi ESP kepada yang tak tahu lagi kehebatan ESP. Sekarang saya senaraikan pula, perbezaan ESP dengan soya soya biasa yang kat seven eleven tu. *eh, takde kaitan seven eleven ya*
Jom kita baca 7 kriteria penting ESP yang membuatkan ianya berbeza dengan soya biasa biasa tuu
INFO: 7 kriteria/panduan/guideline untuk memilih supplement soy protein
- Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
- Soybean itu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)
Kerana soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ini adalah murah untuk dihasilkan (ini lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yang dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, merupakan Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.
- Soy Protin itu mestilah mengandungi 9 asid amino yang diperlukan
Ini ciri yang amat penting, badan memerlukan kesemua 9 ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, thr immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. *opps, terspeaking omputih pulak*
- Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alcohol.
Seperti yang kita tahu, alkohol itu haram. Tu satu hal, tapi kalau dicuci dengan alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru-paru, etc. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
- Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth","anti-tyrosine" substance. Sedangkan kalau kekurangan bahan bahan ini akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw from in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
- Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Amino acids sangat sensitive dengan suhu yang panas, In some studies, cooking protein has been shown to destrop up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.
- Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur calcium, kenapa?
Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein itu untuk meneutralkan kembali serbuk soy itu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium.
*Baiklah, selesai sudah 7 kriteria yang perlu ada untuk memilih supplement soy protein. Penat nak membaca, tak apa ilmu yang manfaat :)
Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindungi terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.
PERANAN PROTEIN:
- Menggantikan sel sel dan tisu yang mati atau rosak
- Mengawal proses badan(sesetengah hormone tetapi bukan semuanya adalah protein)
- Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan
- Mengangkut bahan bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
- Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan
Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan(contohnya susu,telur,daging dan ikan) dan protein tumbuhan(contohnya bijirin,kacang,kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijirin atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk sesorang individu.
Anda semua patut rasa lega a.k.a gembira, kerana saya nak stop sampai sini je dulu info info yang manfaat ini. Alhamdulillah, anda dah tambah ilmu sedikit mengenai protein ini. Walaupun sedikit, ianya dapat memberi manfaat serta menambah pengetahuan semua mengenai protein. Moga manfaat.
Untuk entry seterusnya saya nak ceritakan panduan diet yang semua orang nak tahu . Jumpa next entry okay !
Contact me:
Atika
whatsapp : 0177811698
email : noratika.salleh@yahoo.com
shaklee id : 1121119
0 comments:
Post a Comment