Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu di entry seterusnya. Seperti yang dijanjikan di sebelum entry. Entry yang mana? Kepada yang belum baca ESP-Soy Protein Isolate Powder , bolehlah klik link tersebut ya untuk mengetahui kandungan ESP dan juga kepentingan protein di dalam badan.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai panduan diet yang semua orang nak tahu kan? Tapi panduan diet ini special untuk anak anda. Semua ibu nak kan anak mereka melalui tumbesaran yang sihat kan *saya nampak eksaited anda. Nak kurus dan sihat kan! Of course la cik ka oii. Cik ka? Pun bolehh!
Baiklah, tanpa bercerita benda benda yang tak penting kita straight to the point la *speaking omputeh kemain.
SYOR DAN PANDUAN DIET
- Panduan diet ini sesuai untuk anak anda, iaitu berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.
- Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.
- Berikan anak anda daging, ayam dan telur dengan kadar yang sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anda anda makan telur dengan kadar yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya(sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun dan kebawah.
- Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.
- Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolestrol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.
- Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijirin dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempeh dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambagkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.
Berapakah bilangan protein yang anak anda perlukan?
Berdasarkan saranan Pengambilan Nutrien Malaysia(RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak diantara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.
Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.
Terlalu banyak atau terlalu sedikit daalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian saya untuk perkongsian kali ini . Untuk entry seterusnya, jika diberi kesihatan saya akan kongsikan pula kelebihan ESP dan siapa yang boleh minum ESP ini. Jadi, nantikanlah ya, entry seterusnya. InsyaAllah
Contact me:
Atika
whatsapp : 0177811698
email : noratika.salleh@yahoo.com
shaklee id : 1121119
0 comments:
Post a Comment