PROMOSI BULAN OGOS 2014

Dapatkan GLA Complex dengan pembelian 6 botol percuma 1 botol. Jom ajak kengkawan beli sama untuk membantu masalah dalaman wanita dan sesuai bagi mereka yang mahukan cahaya mata! GLA ada di rumah, tiada lagi miss senggugut setiap bulan. Hati senang, orang sekeliling pun sayang!!

MIGHTY 3 GEMS

ESP - MEAL SHAKE - PERFORMANCE DRINK

TONIK AJAIB

BAGI PELBAGAI PENYAKIT!

Sihat dengan Shaklee

Dapatkan supplemen untuk tubuh anda di sini. Badan sihat membawa kepada hubungan yang sihat

GET SLIMMING WITH SHAKLEE

TANPA KARBOHIDRAT - VEGETARIAN DAN SEDIKIT PROTIN - MULA MEMBAKAR LEMAK UNTUK SUMBER TENAGA

Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

PUTING PEDIH SEMASA MENYUSUKAN ANAK

Sering para ibu mengalami masalah puting pedih semasa menyusukan anak. Adakah ini normal? Memang ramai yang berpendapat yang ianya normal bagi permulaan menyusukan anak. Tetapi jika ianya berlarutan bukan lagi dikategorikan normal tapi ianya akan menjadi masalah. Jika kita bijak melekapkan bayi ke dada sewaktu menyusu, pasti tidak akan mengalami masalah puting pedih. *Pada bakal ibu mohon mempelajari cara menyusukan anak*




Apakah punca puting pedih?

Ada beberapa perkara yang membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Dan kerana itu lah akan mengakibatkan puting anda pedih.

Kesukaran untuk melekap

Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.

Penyelesaiannya ialah pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya(bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas atau menganga kan mulut.

Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi dari buah dada dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar di dalam entri bagaimana cara menyusukan sebagai rujukan anda.

Jika puting anda pedih merekah dan berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda akan cepat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya. 

Lidah terikat

Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah tidak boleh melekap dengan betul, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk payudara anda kedalam mulutnya. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidahnya dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh hisap susu dengan jayanya.

Penyelesaiannya, mintalah doktor memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati satu perubahan besar dalam penyusuan bayi, iaitu bayi anda dapat menyusu dengan sempurna.

 Jangkitan fungus (thrush) 

Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.

Penyelesaiannya, Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.


Dermatitis 

Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.

Penyelesaiannya, Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

Tumbuh gigi 

Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.

Penyelesaiannya, Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!

Menyusukan semasa hamil 

Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.

Penyelesaiannya, Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
 Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.

Penyelesaiannya, Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.


Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi saya?

Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan. 

Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:

  1. pertambahan berat badannya tidak mencukupi;
  2. masa penyusuan yang panjang;
  3. bayi mahu kerap disusukan;
  4. bayi kelihatan tidak tenteram selepas menyusu.

Sumber : BabyCenter




*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Monday, April 21, 2014

SUSU BERKURANG??

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walaubagaimanapun, ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan anak (Anak Pertama), Pasti akan mengalami beberapa masalah. Yela, masih baru dan tiada pengalaman lagi. Hari ini saya ingin kongsikan sebab kenapa susu berkurang?


Saya pernah bertanya mak saya *memandangkan saya masih muda sekarang* "Mengapa mak tak beri saya dan yang lain susu ibu sehingga usia 2 tahun? dan memberi kami makan sebelum 6 bulan" Dan jawapan mak saya ialah "Waktu tu susu mak dah kering, tu yang bagi korang susu formula je" - Jawapan yang sering didengar oleh mereka yang memberi susu formula kepada anak mereka. 

Antara sebab-sebab susu berkurang adalah kerana:

1. Anda para ibu tidak memberikan bayi menghisap susu sekerap mungkin. Ianya merupakan faktor utama mengapa susu anda berkurang. Selalunya para ibu akan menunggu anak mereka bangun dari tidur baru nak menyusukan. Tunggu anak mereka benar-benar lapar baru menyusukan. Seeloknya, para ibu perlu menyusukan anak sekerap mungkin walaupun waktu itu anak sedang tidur, kejutkan mereka.

2. Para ibu memberikan anak susu formula atau makanan pada usia terlalu awal iaitu sebelum 6 bulan. Hal ini berlaku apabila bayi sudah mula makan sebelum 6 bulan dia akan cepat kenyang dan ini mengakibatkan dia jarang menyusu badan. Bila dah jarang, susu pun akan berkurang lah.

3. Ada yang masih tidak tahu, jika memberi bayi menghisap disebelah payudara sahaja ia juga akan mengakibatkan kekurangan susu badan. Seeloknya balancekan kiri dan kanan supaya susu ibu sentiasa berjalan lancar.

4. Selain sebab fizikal, kekurangan susu ibu juga bergantung kepada emosi seseorang ibu itu juga. Jika anda tidak mempunyai keyakinan diri untuk menyusukan anak ia akan menjadi salah satu sebab kekurangan susu badan.

5. Terakhir, jika ibu sering menghadapi tekanan emosi, ia akan menjadikan susu berkurang. Oleh itu, emosi juga memberi peranan penting sewaktu menyusukan anak. 

Diatas merupakan antara sebab-sebab kenapa susu berkurang yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. 

Tetapi kadangkala, ada juga yang susu berkurang kerana faktor keturunan. Jadi jika ianya kerana faktor keturunan sekalipun, takkan kita tak nak berusaha untuk banyakkan susu kan.

Pasti anda buntu bagaimana nak banyakkan susu badan? Saya ada jalan penyelesaian! Sila baca entri saya sebelum ini mengenai : CARA BANYAKKAN SUSU . Di entri tersebut terdapat beberapa tips untuk banyakkan susu yang berkurang.

*Jika anda berminat ingin mencuba produk menyusu ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Monday, April 14, 2014

RAHSIA KULIT BABY SANGAT HALUS MULUS!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Setelah sekian lama tak update blog, hari ni Alhamdulillah dapat kongsikan sedikit ilmu lagi. Hari ni mood terlebih gula, nak cerita tentang testimoni je. Dekat wall FB penuh dengan testimoni je. Jadi hari ini, saya nak share berkaitan sorang customer ni consume shaklee sewaktu dia pregnant. Dan hasilnya, dia dapat kulit baby yang sangat halus. Siapa taknak kan? 

Ramai cakap nak kulit baby cantik perlu minum soya. Memang tepat, tapi perlu ingat juga yang sesetengah orang tak boleh telan soya. so, macammana dia nak dapatkan kulit bayi yang halus? Saya ada penyelesaiannya. Tapi sebelum tu, kita baca dulu apa yang kak Hanna Hj Mohd Sani ni kongsikan berkaitan perubahan yang berlaku pada dirinya. 



"Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin shaklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..
Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah...

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan..."
Alhamdulillah, sangat berkesan kepada diri beliau, Jadi anda yang diluar sana yang tak minat susu boleh je cuba set hamil shaklee ni. Ia amat sesuai bagi mommy, bakal mommy. lagi-lagi yang first experience kan. Takkan nak biarkan first experience tu berlalu begitu sahaja. Jadi jika nak tahu cara mendapatkan kulit bayi yang halus, cuba set shaklee ni. Jaminan 100% berkesan. Kenapa saya berani bagi jaminan? Kerana telah ramai yang cuba dan BERJAYA. Anda bila lagi?

*Jika anda berminat ingin mencuba set kehamilan ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!! 
Hubungi saya: 
Atika 
whatsapp: 0177811698 
email: noratika.salleh@yahoo.com 
shaklee id: 1121119

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Thursday, April 10, 2014

Menyusukan Anak

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Hari ni, hati betul betul eksaited nak cerita pasal menyusukan anak. Walaupun diri ini baru status "cik" Tapi rasa eksaited gak nak kongsikan. Kalau saya yang berstatus "cik" ni dah eksaited ni kan yang berstatus "puan" lagilah nak tahu kan? Lagi lagi to be first mommy. *Wahhh, saya yang teruja seriusly*

Kerjasama google

Bila dah mengenali plus jatuh cinta dengan produk shaklee ni, memang dah simpan niat, if one day saya dah kahwin nak makan set kesuburan, if one day saya pregnant nak makan set kehamilan and if one day saya dah lahirkan anak, saya nak makan set menyusu. Semuanya dari shaklee. Tu memang dah niat awal-awal. InsyaAllah. 

Kalau saya ni yang hanya berangan lebih, boleh simpan niat padahal lama lagi masa-masa tu ni kan anda semua yang sedang melalui proses tersebut. Tak sayang badan sendiri ke? Tak sayang tumbesaran anak ke? Jika anda memikirkan semua tu, please ambil set-set shaklee ni. *dengan nada paksa berbaur sopan* 

Bila sebut breastfeeding, semua akan tertumpu kepada para ibu yang comel comel. *yela takkan nak tumpu pada para bapa pulakkan* Dan boleh menjadi fakta, semua ibu akan melalui proses menyusukan anak. Dan setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi pernah tak terfikir, nak menyusukan anak ni hanya menyusukan gitu je ke? Kalau anda semua nak menyusukan gitu je, memang boleh tapi pastikan anda mampu untuk menyediakn kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh anda dan anak, bak kata sahabat saya, kita taknaklah nanti kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang, kulit kusam, nampak tua dari umur, tak bermaya, lesu dan macam macam lah.

Jadi bagaimana nak elakkan kesan negative pada diri apabila menyusukan anak? It's simple answer just amalkan supplement bagi membantu kesihatan anda. Pernah saya bertanya kakak saya yang sudah mempunyai 4 orang anak, mengapa dia taknak menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun. Jawapannya sangat mudah kerana dia sedang berkerjaya, dan jika dia terus menyusukan anaknya, payudaranya akan gelebeh(tidak tegang). Dan bukan kakak saya seorang saja, malah semua para ibu yang berkerjaya akan memberi alasan yang sama. Boleh saya tanya, surirumah sahajakah yang layak untuk menyusukan anak sampai 2 tahun?

Saya tinggalkan anda dengan soalan tersebut. Bagi saya ianya tidak akan menjadi masalah if kita mencari jalan penyelesaiannya. Mencari jalan bagaimana wanita berkerjaya menyusukan anak. Mencari jalan bagaimana mengekalkan keanjalan payudara. Jawapannya mudah, sila amalkan set menyusu shaklee ini. Jika anda sudah memilih jalan ini, maka anda dapat jimatkan duit bulan bulan beli susu anak. Save bajet gila.



Mengapa set menyusukan anak shaklee ini bagus? Mengapa saya suruh anda semua memilihnya? Mari saya cerita. Set Milk Booster ni atau dengan nama lain set 3M ini memiliki ESP,B-Complex,Ostematrix.Vita-C,Alfalfa dan Vita-Lea. Disetiap vitamin ni memainkan peranan penting bagi menghasilkan susu yang berkualiti untuk anak anda. 

Seperti sebelum ini saya ada menceritakan mengenai ESP, kelebihan dan apa yang ada didalam ESP ni. Bagi yang belum membacanya, sila KLIK DISINI. Seperti yang anda tahu ESP ini merupakan protein yang baik nonGMO bagus untuk tubuh. Bagi para ibu amat penting protein kerana anak akan serap zat melalui susu ibu yang mereka minum. Jika ibu kurang zat macammana anak nak bertambah zat? Lagi-lagi kalau tengah berpantang, mana boleh makan ayam dagingkan. Jadi minum ESP ni jadi kenyang. Susu juga akan menjadi pekat. Tu yang anak mudah kenyang. Kan bagus, bambam lah anak tu nanti. 

Bagi ostematrix pula, anda semua tahukan susu mempunyai kalsium, jadi kalsium teramatlah penting kepada ibu untuk menghasilkan susu. Jadi melalui ostematrix ni dapat menambah kan kalsium dalam badan kita bagi menyusukan anak.

Macammana pula B-Complex dapat membantu para ibu menyusukan anak? B Complex ni lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Seterusnya, Vita-C berfungsi sebagai antioksidan serta membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Kalau nak tahun if kita ambil vita-c ni bukan sahaja baik untuk menyusukan anak tetapi ia boleh cantikkan kulit wajah lagi. bersih, tulus, murni lagii.

Selain itu, Alfafa merupakan raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU 

Akhir sekali, vita-lea sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjalani kesejahteraan secara amnya. 

Anda semua dah tahukan fungsi-fungsi vitamin yang ada si dalam set 3M ni. Jadi apa lagi? Set ini dapat menyelesaikan masalah wanita berkerjaya, kurang susu ibu dan para ibu yang ingin menyusukan anak sambil kekal sihat. Selanjutnya, saya akan cerita bagaimana wanita berkerjaya nak pump susu dan macam-macam lagi info berkaitan menyusukan anak ini di entri seterusnya.

*Jika anda berminat ingin mencuba produk ostematrix ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!! 
Hubungi saya: 
Atika 
whatsapp: 0177811698 
email: noratika.salleh@yahoo.com 
shaklee id: 1121119 

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

Monday, April 7, 2014

Promosi April - Ostematrix

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Setelah beberapa hari mendiam diri, kali ini nak mulakan strategi kepoh di belog. kihkihkih. Sepatutnya entry ni di pos pada 1 April lagi, tapi nak buat camana, no idea. So, hari ni baru nak ceghita, rasanya sempat lagi kan.

Bagi yang tak tahu, bulan April 2014 ni promo untuk shaklee ialah vitamin Ostematrix. Beli 6 PERCUMA 1. Siapa nak bagi kan? Jom buat kira kira add maths japp. *Sila sediakan kalkulator* Harga untuk sebotol Ostematrix bernilai, RM61. Jika beli 6 botol total semua skali ialah RM366. Tapi dapat percuma satu. Maknanya 7 botol berharga RM366 jerr. Cuba bahagi pula dengan 7 botol tu untuk dapatkan harga sebotol, anggaran RM52 untuk sebotol. See? berapa banyak anda dah berjimat? Anda boleh cari beberapa orang yang nakkan Ostematrix ni dan berkongsi beli dengan harga promo ni. Susah taw nak tunggu shaklee buka promo Ostematrix ni lagi sekali selepas ini. Kemungkinan tunggu setahun lagi baru jumpa. 



Apa itu Ostematrix? Semua mesti tertanyakan apa yang ada dengan vitamin oste ni. Oste ini khas untuk anda yang mengalami masalah sakit berkaitan tulang dan sendi. Hal ini kerana oste merupakan vitamin kalsium yang membantu menyalurkan kalsium pada tubuh. Untuk pengetahuan semua, kalsium amatlah penting pada tubuh, kerana hampir keseluruhan tubuh kita mempunyai tulang untuk menampung kestabiliti badan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Ostematrix, sila baca entry sebelum ini : Ostematrix Shaklee

Semua akan berkata,
saya tak perlukan oste ni pun sebab saya selalu minum susu, dah cukup untuk tampung kalsium.
Dan ada pula yang berkata
Alah sekarang takde tanda tanda pun sakit tulang, buat apa nak makan dari sekarang?
Wahai saudala saudali, takkan dah sakit baru nak cari ubatnya? Orang kata lebih baik mencegah daripada mengubati. Ostematrix ni adalah untuk membantu anda menjadi lebih sihat. Bila kita sihat, antibodi kuat. Penyakit pun takut nak dekat. Kann tu lebih bagus? 

Sebelum lebih jauh, saya nak anda check diri anda dulu, adakah anda mengalami perkara dibawah?

  • Kejang Otot
  • Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  • Wheezing(pernafasan seperti wisel)
  •  Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan dan perubahan personaliti
  • Keletihan
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • kulit kering
  • tumit pecah dan kasar
  • Eczema-penyakit kulit
  • sakit sendi
Jika anda ada masalah di atas, ini bermakna anda tidak boleh lari daripada makan supplement Ostematrix. Kerana ini merupakan tanda-tanda kekurangan kalsium. Apa terjadi jika anda tetap tidak mahu mengambil supplement ostematrix ni? Anda boleh tahu kesannya di entri sebelum ni : Kesan kekurangan Kalsium

Salah satu kesan kekurangan kalsium

Anda boleh berfikir sekarang. Mencegah atau mengubati? Pilihan di tangan anda. 

Antara manfaat ostematrix yang kita boleh dapat jika mengambil supplement ini adalah :

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoprosis(tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan, kebas- kebas, sakit tulang belakang, dan simpul biawak (bagi preggy mommy)
  • Meringankan stress- mengelakkan gejala kemurungan dan mudah meradang
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan darah di tahap yang normal
  • Meringankan sakit ketika haid(Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan jumlah kalsium yang cukup kita tidak akan segugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walaupun sibuk denga urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja atau mereka yang bekerja part time suri rumah)
  • Membantu masalah gastrik
  • Membantu dalam pengurusan berat badan
  • Membantu dalam mengatasi masalah sembelit
Dah baca manfaatnya apa kan, jadi siapa yang PERLU kan Ostematrix ni? Jom kita check bersama :

  1. Individu yang mengalami masalah sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
  2. Individu yang sering mengalami masalah kebas kaki/tangan terutamanya pada waktu malam
  3. ibu-ibu mengandung (terutamanya yang sering mengalami kebas kaki)
  4. ibu-ibu menyusukan anak yang semestinya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi
  5. Individu yang sering keletihan dan kerap outstation, dimana kalsium membantu mengurangkan keletihan
Jadi, sampai sini sahaja story saya pasal promosi bulan April 2014 ni berkaitan Ostematrix. Jom dapatkan segera sebelum promo ini tamat pada hujung bulan April ini. 

*Jika anda berminat ingin mencuba produk ostematrix ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!

Hubungi saya:
Atika
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
shaklee id: 1121119

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan



Friday, April 4, 2014

Kesan kekurangan kalsium

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah, tertaip jua entry untuk kali ini. Oleh kerana semalam busy tahap memang tak ada masa nak menaip, hari ini diberi peluang masa dan idea. Dah baca entry sebelum ini? Yang pasal Ostematrix tu? Bulan April 2014 ni tengah promosi oste Uollzz, beli 6 percuma 1. Sangat penting untuk kalsium. 

Beralih kepada tajuk entry kali ini, anda semua tahu kan kalsium ni dikira amat penting untuk tubuh kita. yela, tanpa kalsium lemah lah segala tulang dan gigi ni. Jadi jika dari sekarang kita tak jaga tubuh kita, takkan umur baru masuk 30an dah reput macam 60an kan. 60an pun masih cergas lagi jika dah jaga tubuh deri sekarang.

Sebelum panjang lebar, ada beberapa soalan cepumas untuk anda. Pernah tak anda mengalami tanda-tanda di bawah ini?
  1. Kejang otot
  2. Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
  3. Wheezing(pernafasan seperti wisel)
  4. Mudah marah, terjejas keeupayaan intelektual, kemurungan dan perubahan personaliti
  5. Keletihan
  6. Rambut kasar
  7. Kuku rapuh
  8. Kulit kering
  9. Tumit pecah dan kasar
  10. Eczema-penyakit kulit
  11. Sakit sendi
Jika anda mengalami salah satu atau semua dari tanda-tanda di atas ini bermaksud anda kekurangan kalsium di tubuh anda. Apa akan jadi pada tulang anda jika tidak cukup kalsium. Bagaimana pula gigi? Sebab itu la, usia baru 30 tapi gigi dah banyak terlopong.

Kalsium juga amat penting pada perokok, kerana zat di rokok yang perokok akan dapat boleh merapuhkan gigi. Tak percaya? cuba tengok gigi si perokok, dengan melihat gigi or gusi kita boleh kenal sesorang itu merokok atau tidak. Sebab itu mereka amat memerlukan kalsium untuk gigi dan tulang mereka. *Tidak kata anda tak perlu* Jika anda ada tanda tersebut, bermakna ANDA PERLU!


Bagaimana nak cukup kan kalsium, elakkan dari kekurangan? Hentam susu bertong-tong ke? Tak perlu! Anda tak perlulah minum sampai bertong-tong, kerana ada sesetengah orang tak boleh menerima susu di tekak mereka. Jadi kalau tak boleh terima, takkan sampai bila-bila taknak tambahkan kalsium keperluan tu. Yakinkah kalsium kita cukup untuk bertahun-tahun lamanya?

Sebab itu lah saya penat-penat menaip cerita pasal Ostematrix ini, ianya merupakan vitamin mengandungi kalsium yang menggantikan susu. Jadi anda tak perlulah sampai rasa muak nak minum susu je hari hari ni kan. telan je oste dah boleh tolong cukupkan kalsium keperluan. senang je kan?

Sebagai tambahan ilmu kepada anda semua, saya nak cerita sedikit mengenai mengapa kita perlu mengambil kalsium ni. Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Memang ramai yang tahu tentang itu, tapi ramaikah yang tahu berapa kandungan keperluan?

Meh sini nak cerita, 99% daripada simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi, manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila sesorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi(untuk 1%), kalsium dalam simpanan pada tulang dan gigi akan diambil(diserap keluar) bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot.

Kesan kekurangan kalsium (mengakibatkan osteoporosis)
Selain itu, kalsium amat penting bagi pembentukan struktur normal sel, untuk sistem saraf, pembekuan dan tekanan darah. Akhir sekali untuk fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal.

Kalsium ini bukan sahaja penting untuk orang dewasa, tetapi ianya juga amat penting kepada kanak-kanak bagi membantu tumbesaran mereka. Antara simptom yang terdapat kepada kanak-kanak yang kekurangan kalsium ialah:
  1. Selalu berpeluh ketika tidur
  2. Sukar tidur lena
  3. Terkejut, menangis pada waktu malam
  4. Hyperaktif
  5. Tiada selera makan, memilih makanan
  6. Lambat tubuh gigi (selepas 10 bulan)
  7. Lambat berjalan (selepas 13 bulan)
  8. Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  9. Rendah, lemah badan
Cuba anda semua check, ada tak terjadi kepada baby baby anda. Jika ya, bermaksud anda lah yang perlu tambah kalsium a.k.a makan oste ni bagi membantu memberi anak anda kalsium yang cukup melalui breastfeeding. Hal ini kerana, susu anda tidak cukup kalsium untuk anak anda.

source by google

Info bagi wanita hamil pula, jika anda kekurangan kalsium akan mengakibatkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Hal ini akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan(berisiko osteoporosis)

Cukup setakat ini untuk saya ceritakan mengenai kesan yang akan anda perolehi jika kekurangan kalsium. Nantikan perjumpaan seterusnya bagi mengenali perbezaan kalsium ostematrix dengan kalsium biasa dan juga manfaat daripada ostematrix ni. Jangan lupa ya temujanji seterusnya.

*Jika anda berminat ingin mencuba produk ostematrix ini, boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultan EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!

Hubungi saya:
Atika
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
shaklee id: 1121119

nota kaki : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Attention: COD available di seluruh area JOHOR BAHRU serta berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh negeri di Malaysia juga disediakan

Wednesday, April 2, 2014

Ostematrix Shaklee

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Baiklah, sebelum ni saya asyik cerita mengenai ESP je kan. Kini tibalah masa nak ceritakan mengenai produk lain. Tapi entry kali ini mungkin tak panjang sangat sebab eksaited nak ambil kereta baru sekejap lagi. Kali ini nak story pasal Ostematrix. Apakah itu? mesti nak tahu kan apa bendanya Ostematrix ni. Teruskan membaca...


Umumnya, tulang merupakan struktur penting didalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Kalau anda semua nak tahu oste ni bukan sekadar kalsium yang biasa-biasa tu. Kerana oste membekalkan nutrien nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 

Pengetahuan semua, produk ini tiada sebarang perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Nantikan entry selanjutnya mengenai kesan kekurangan kalsium dan maanfaat yang kita akan dapat dari pengambilan Ostematrix ini

*Jika anda berminat ingin mencuba produk Ostematrix ini, boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultan EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!

Hubungi saya:
Atika
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
shaklee id: 1121119

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Attention: COD available di seluruh area Johor Bahru dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...