Sering para ibu mengalami masalah puting pedih semasa menyusukan anak. Adakah ini normal? Memang ramai yang berpendapat yang ianya normal bagi permulaan menyusukan anak. Tetapi jika ianya berlarutan bukan lagi dikategorikan normal tapi ianya akan menjadi masalah. Jika kita bijak melekapkan bayi ke dada sewaktu menyusu, pasti tidak akan mengalami masalah puting pedih. *Pada bakal ibu mohon mempelajari cara menyusukan anak*
Apakah punca puting pedih?
Ada beberapa perkara yang membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Dan kerana itu lah akan mengakibatkan puting anda pedih.
Kesukaran untuk melekap
Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
Penyelesaiannya ialah pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya(bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas atau menganga kan mulut.
Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi dari buah dada dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar di dalam entri bagaimana cara menyusukan sebagai rujukan anda.
Jika puting anda pedih merekah dan berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda akan cepat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya.
Lidah terikat
Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah tidak boleh melekap dengan betul, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk payudara anda kedalam mulutnya. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidahnya dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh hisap susu dengan jayanya.
Penyelesaiannya, mintalah doktor memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati satu perubahan besar dalam penyusuan bayi, iaitu bayi anda dapat menyusu dengan sempurna.
Jangkitan fungus (thrush)
Penyelesaiannya, Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.
Dermatitis
Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
Penyelesaiannya, Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.
Tumbuh gigi
Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.
Penyelesaiannya, Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!
Menyusukan semasa hamil
Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
Penyelesaiannya, Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.
Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
Penyelesaiannya, Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.
Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi saya?
Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan.Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:
- pertambahan berat badannya tidak mencukupi;
- masa penyusuan yang panjang;
- bayi mahu kerap disusukan;
- bayi kelihatan tidak tenteram selepas menyusu.
Sumber : BabyCenter
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3
nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan
0 comments:
Post a Comment