Wednesday, April 16, 2014

CARA PENGIRAAN KALORI

ASAS PENGETAHUAN BERAT BADAN

Untuk menurunkan berat badan, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan and we need to do some math! Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori badan dan kira anggaran defisit kalori. Hari ni saya nak ajar subjek matematik ke anda !



Basal Metabolic Rate(BMR)

First thing kita perlu mengira BMR. Pada yang tidak tahu BMR tu apa, BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. Jumlah BMR individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Sifirnya begini :


Paling mudah, saya beri contoh pengiraan BMR, berat beliau 51kg, tinggi 168cm umur 28 tahun :


Kira Daily Calorie Requirement (DCR) pula...

Selepas kita dah dapat jumlah BMR kita perlu mencari DCR pula. BMR merupakan kiraan jumlah makanan/kalori yang diperlukan oleh badan kita mengikut ketinggian dan berat. Manakala DCR pula adalah jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi dengan unit keaktifan kita. Gunakan maklumat dibawah:

• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) 
• BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) 
• BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
• BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
• BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)

BMR yang saya kira tadi sebagai contoh ialah 1315.4 kalori dan sebagai contoh tidak melakukan senaman langsung. Jadi jumlah BMR tadi perlu didarabkan kepada 1.2

1315.4 x 1.2 = 1578 kalori (Jumlah DCR sehari)

Apabila kita dah dapat jumlah kalori yang diperlukan sehari, maka kita perlu mengira jumlah kalori yang terdapat dalam makanan harian kita. Jika kita makan 1578 kalori atau kurang, maka kita akan maintain dengan berat sedia ada. Tetapi jika kita makan melebihi DCR kalori, maka berat kita akan bertambah. 

Jika kita kekalkan pengambilan kalori yang diperlukan, berat badan kita akan maintain. Tapi bagaimana nak turunkan berat badan? Jadi kita perlu ciptakan kalori defisit.



Apa itu kalori defisit? 

Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Mari saya tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan kiraan defisit.

1578 kalori (masuk) - 1578 (keluar) = maka defisit kalori adalah kosong (0) Sekiranya makan berlebihan sebagai contoh 1700 kalori maka 1700kalori - 1578kalori = (+)122kalori

Memang nampak 122 kalori tu macam sikit je kan..Tapi kalau lama2 disimpan maka ia akan jadi bukit..maka tercipta berat badan yang tidak diingini..hahahaha..namun sekiranya rajin dan berlari di gym selama 15 minit dan mambakar 122 kalori itu, maka ia selamat dan berat akan kekal tanpa penambahan.

Macam mana nak turun berat? apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok..saya kirakan. Keperluan saya adalah 1578 kalori..sekiranya saya hanya makan 1400 kalori maka dengan berdiet kalori sahaja sahaja boleh dapat defisit. 

1400kalori - 1578 kalori = 178 kalori defisit 

Dan sekiranya saya bersenam dan membakar 400 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja saya untung dalam (400 kalori + 178 kalori) 578 kalori defisit.Hihihi

Ok mesti ramai yang tertanya-tanya dengan 578 dekalori defisit itu berapa kg saya boleh turun? sekali lagi saya nasihatkan, nak menurunkan berat ni bukan kerja sehari. Berpuluh2 tahun kita dengan berat kita..and bertahun2 kita bina lemak2 badan tu, mustahil kita hilang kannya dalam sehari atau seminggu kan. Tapi ada caranya teruskan membaca.

Sekiranya kita mahu turun 1kg berat badan kita perlu membakar 7700kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo).

• Hari 1 : [-] 550kalori. 
• Hari 2 : [-] 550 kalori. 
• Hari 3 : [-] 550 kalori.
• Hari 4 : [-] 550 kalori. 
• Hari 5 : [-] 550 kalori.  
• Hari 6 : [-] 550 kalori. 
• Hari 7 : [-] 550 kalori. 
• Hari 8 : [-] 550 kalori. 
• Hari 9 : [-] 550 kalori. 
• Hari 10 : [-] 550 kalori. 
• Hari 11 : [-] 550 kalori. 
• Hari 12 : [-] 550 kalori. 
• Hari 13 : [-] 550 kalori. 
• Hari 14 : [-] 550 kalori.

Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)

Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak. Sekiranya anda berdiet dan bersenam anda boleh mendapat defisit melebih 550 sehari. Tapi ingat..jumlah pengambilan kalori ketika berdiet tidak boleh kurang daripada BMR kita..Sebagai contoh saya tidak boleh mengambil makanan dan kalori kurang daripada 1315 kalori kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Untuk dapatkan kalori defisit yang banyak :

1 - Halang kalori dari lemak selepas makan dari diserap - Lecithin dan Alfalfa / Herblax 
2 - Ambil kalori yang rendah tetapi membekalkan nutrisi dan tenaga untuk tempoh yang panjang - ESP dan Cinch Shake 
3 - Bakar lemak sedia ada - Omega Guard atau aktiviti fizikal yang banyak


Anda nak tahu lebih lagi berkaitan pengiraan kalori? Kerana yang saya berikan ni hanya suku je daripada keseluruhan. Nak dapatkan E-book pengurusan berat badan? Saya nak beri dengan PERCUMA!!! Berminat? sila like dan pm saya DI SINI atau sila tinggalkan email anda


*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!! 

Hubungi saya: 
Atika 
whatsapp: 0177811698 
email: noratika.salleh@yahoo.com 
shaklee id: 1121119 

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...