Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walaubagaimanapun, ibu-ibu yang baru pertama kali melahirkan anak (Anak Pertama), Pasti akan mengalami beberapa masalah. Yela, masih baru dan tiada pengalaman lagi. Hari ini saya ingin kongsikan sebab kenapa susu berkurang?
Saya pernah bertanya mak saya *memandangkan saya masih muda sekarang* "Mengapa mak tak beri saya dan yang lain susu ibu sehingga usia 2 tahun? dan memberi kami makan sebelum 6 bulan" Dan jawapan mak saya ialah "Waktu tu susu mak dah kering, tu yang bagi korang susu formula je" - Jawapan yang sering didengar oleh mereka yang memberi susu formula kepada anak mereka.
Antara sebab-sebab susu berkurang adalah kerana:
1. Anda para ibu tidak memberikan bayi menghisap susu sekerap mungkin. Ianya merupakan faktor utama mengapa susu anda berkurang. Selalunya para ibu akan menunggu anak mereka bangun dari tidur baru nak menyusukan. Tunggu anak mereka benar-benar lapar baru menyusukan. Seeloknya, para ibu perlu menyusukan anak sekerap mungkin walaupun waktu itu anak sedang tidur, kejutkan mereka.
2. Para ibu memberikan anak susu formula atau makanan pada usia terlalu awal iaitu sebelum 6 bulan. Hal ini berlaku apabila bayi sudah mula makan sebelum 6 bulan dia akan cepat kenyang dan ini mengakibatkan dia jarang menyusu badan. Bila dah jarang, susu pun akan berkurang lah.
3. Ada yang masih tidak tahu, jika memberi bayi menghisap disebelah payudara sahaja ia juga akan mengakibatkan kekurangan susu badan. Seeloknya balancekan kiri dan kanan supaya susu ibu sentiasa berjalan lancar.
4. Selain sebab fizikal, kekurangan susu ibu juga bergantung kepada emosi seseorang ibu itu juga. Jika anda tidak mempunyai keyakinan diri untuk menyusukan anak ia akan menjadi salah satu sebab kekurangan susu badan.
5. Terakhir, jika ibu sering menghadapi tekanan emosi, ia akan menjadikan susu berkurang. Oleh itu, emosi juga memberi peranan penting sewaktu menyusukan anak.
Diatas merupakan antara sebab-sebab kenapa susu berkurang yang dapat saya kongsikan kepada anda semua.
Tetapi kadangkala, ada juga yang susu berkurang kerana faktor keturunan. Jadi jika ianya kerana faktor keturunan sekalipun, takkan kita tak nak berusaha untuk banyakkan susu kan.
Pasti anda buntu bagaimana nak banyakkan susu badan? Saya ada jalan penyelesaian! Sila baca entri saya sebelum ini mengenai : CARA BANYAKKAN SUSU . Di entri tersebut terdapat beberapa tips untuk banyakkan susu yang berkurang.
*Jika anda berminat ingin mencuba produk menyusu ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!
nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan
0 comments:
Post a Comment