Wednesday, June 18, 2014

Tanda-tanda paras gula rendah

Assalamualaikum

Diabetes akibat dari paras gula yang terlalu tinggi sehingga mengakibatkan insulin tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Tetapi, mustahil tak jika seseorang yang menghidapi penyakit diabetes akan mengalami masalah paras gula rendah? Baiklah, kali ini nak kongsikan sedikit mengenai paras gula rendah. Atau dipanggil Hipoglisemia oleh doktor doktor, cehhh.


Apa itu Hipoglisemia?
Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).

Mengapa Hipoglisemia terjadi?
Hal ini adalah kerana beberapa faktor yang mengakibatkan paras gula seseorang itu rendah. Antaranya ialah:
  • Menggunakan terlalu banyak insulin
    • Bagi pesakit diabetes yang sudah menggunakan insulin, doktor telah berikan dos yang sepatutnya, jadi tolong patuhi yea. Nasihat saya, dari pengalaman mak dan arwah nenek sendiri, jika kita dalam keadaan perut kosong, insulin tu boleh diturunkan sedikit dosnya untuk elak dari terjadi Hipo ni. Lebih elok, tolong makan sedikit untuk mengisi perut sebelum suntik insulin
  • Makan terlalu sedikit,lewat makan atau langsung tidak makan
    • Memang benar pesakit diabetes perlu menjaga makan. Tapi, bukan tidak makan yea. Ini akan akibatkan paras gula dalam darah anda turun. Jadi, nak jaga makan, makanlah makanan bersumber tumbuhan, kekacang yang sangat elok untuk pesakit diabetes. Lebih elok minum vivix, stabil jer kadar gula nanti. hihi
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti yang berat tanpa memakan lebih karbohidrat
    • Baiklah, ini sangat perlu ya. Makanlah makanan yang mampu menampung tubuh kita ni. Jangan nak jaga makan punya pasal, tak makan karbohidrat tapi lepas tu pergi angkat besi nak jual kat besi buruk (contoh sahaja) hihi. Jika kita bekerja memerlukan tenaga untuk aktiviti yang berat, amat digalakkan mengambil kandungan karbohidrat yang lebih ya, supaya ia akan menjadi tenaga nanti. 

Apakah tanda-tanda Hipoglisemia?
Perkara ini amatlah perlu kita tahu, supaya nanti kita tidaklah pengsan tanpa sedar. Dengan kata lebih faham, mata terbuka, badan bergerak tapi sebenarnya kita ni pengsan tidak sedar diri. Orang lihat kita macam sedar, tapi kita sendiri tak sedar apa-apa pun.

  1. Jantung rasa berdebar-debar
  2. Kepenatan
  3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  4. Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan
  5. Berpeluh
  6. Rasa menggigil
  7. Sakit kepala
  8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
  9. Pertuturan menjadi tidak jelas
  10. Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan (ini yang saya maksudkan tadi)
Jika kita sedar tanda-tanda di atas, apa yang perlu kita buat? Takkan nak biarkan je? Baiklah, saya kongsikan sedikit lagi mengenai apa yang perlu kita lakukan jika ada orang sekeliling kita menghadapi situasi tersebut atau diri kita sendiri.
  1. Minum sedikit air buah-buahan
  2. Ambil 1/2 tin minuman ringan
  3. Ambil 2 sudu teh gula pasir
  4. Makan sedikit snek
  5. Ambil 7 biji kekacang jeli
  6. Gosokkan serbuk glukos ke gusi
Lebih mudah faham, jika situasi ini berlaku, cepat cepatlah makan atau minum benda manis. makan sebiji gula-gula pun dah okay.

15 minit selepas mengambil gula, sila periksa kembali aras gula anda. Jika masih rendah, perlu ambil gula sekali lagi dan periksa aras gula dalam darah selepas 15 minit. Ulang sehingga aras normal.  Apabila aras gula menjadi normal,  sila makan sedikit snek jika masa makan anda lebih daripada 1-2 jam selepas daripada masa kejadian

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami kejadian hipoglisemia serius sehingga tidak sedarkan diri atau mengalami sawan, perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan. Di hospital, doktor boleh memasukkan cecair gula (dextrose) ke dalam aliran darah untuk menaikkan aras gula ke aras normal. Selepas itu, pesakit perlu menjalani pemerhatian dan siasatan untuk mengenalpasti punca kenapa mereka mengalami kejadian hipoglisemia.

Penjagaan makanan ini amat perlu untuk kita sentiasa berada dalam keadaan stabil. Saya cadangkan pengambilan vivix amatlah sesuai. Kerana ramai pesakit diabetes sudah mencuba vivix dan hasilnya sangat positif. Antaranya anda boleh baca disini --> testimoni vivix

Credit


*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...