Thursday, June 19, 2014

Tips Mengurangkan Pengambilan gula dalam makanan

Assalamualaikum

Pengambilan gula yang berlebihan didalam makanan boleh menyebabkan insulin tidak berfungsi dan mengakibatkan penyakit diabetes. Entri kali ni saya nak kongsikan mengenai "Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan". Entri kali ini bukan sahaja untuk pesakit diabetes, tetapi sesuai juga kepada kita yang belum ada lagi tanda menghidapi penyakit diabetesKan mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Secara semula jadinya, gula wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.


Sebaliknya, gula yang hadir secara tersembunyi yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan di rumah. Contohnya, minuman kordial, minuman bergas, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.

Gula terhasil dari proses makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan seperti:

Menyebabkan kegemukan. Kegemukan merupakan satu risiko yang berkait rapat dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Menyebabkan terjadinya karies gigi (kerosakan gigi). Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang terdapat pada permukaan gigi anda akan menggunakan gula ini untuk menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.


Keperluan gula dalam sehari
Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120 gram) gula termasuklah gula tersembunyi diambil sehari oleh setiap individu di Malaysia. Ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuklah gula yang ditambah atau tersembunyi.

Kandungan gula dalam makanan

Jenis makanan/minuman Gula (sudu/teh) 
* Minuman bergas (tin 435ml) 9
* Sepotong pai epal (200 gram) 9
* Kordial (segelas) 5
* Minuman kotak (285 ml) 5
* Aiskrim (satu skop) 4
* Jem (sesudu makan) 3
* Bijirin sarapan manis (secawan) 3
* Kuih koci (50 gram) 2
* Kuih seri muka (50 gram) 1
* Biskut berkrim (sekeping) 1

Tips Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan
Antara Tips yang boleh anda semua guna pakai ialah, 

1. Pilih makanan daripada bahan pemanis semulajadi

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, antara makanan yang memiliki bahan pemanis semulajadi ialah buah-buahan. Ianya sangat sangat lah elok, kerana di dalam buah-buahan ni terdapat vitamin-vitamin yang kita perlukan

2. Kurangkan gula didalam resepi masakan


Ini amatlah disyorkan ya. Yela kadang kala, lebihan gula tu datang sendiri dari masakan kita. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Aicehhh.

3. Kurangkan penggunaan susu pekat


Memang dah tahu kan, susu pekat ni sangatlah manis. Kalau diet tang lain, tapi masih guna susu pekat banyak-banyak tak ada guna dik oii. 

4. Kurangkan minuman berkarbonat

Seperti semua tahu, minuman berkarbonat ni terlalu tinggi kandungan gulanya. Jangan percaya jika di air tersebut menulis "less sugar", hakikatnya sama je tinggi kandungan gulanya

5. Kurangkan makanan manis

Ini sangat perlu ya, yela kata nak diet kurang makan manis, tapi duk bedal cokelat. Baik tak payah yea .

6. Banyak minum air putih

Tips ni memang semua orang tahu, minumlah air putih banyak-banyak. Jangan pula anggap 100 plus tu air putih pulak yea. Minum air putih ni bagus untuk tubuh, dapat natural beauty lagi.

7. Ambil Suplemen

Pengambilan suplemen juga membantu yea bagi mengurangkan kandungan gula dalam makanan. Atau fungsi suplemen ni juga bagi menambah vitamin di dalam tubuh, sebagai contoh vitamin c. Vitamin c shaklee mengandungi 7 biji oren bagi 1 tablet. Haa, tak perlu la yea nak makan sampai 7 biji sehari, senang senang telan 1 tablet je sehari.

8. Makan secara teratur

Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari. Makan secara teratur akan memberikan tubuh bertenaga sepanjang hari dan mengatur tahap gula dalam darah. Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Pilihlah makanan yang tinggi kandungan serat kerana semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk ke dalam aliran darah. 

9. Jaga keseimbangan pola makanan

Jaga keseimbangan hormon tubuh. Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah yang menyebabkan kadar insulin naik. Sebaiknya pola makanan harus terdiri daripada protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan karbohidrat dalam aliran darah dan memberi sumber tenaga yang stabil.

10. Baca label makanan

Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung. Sebahagaian makanan, kadar gulanya tersembunyi kerana tidak dilabelkan dengan nama gula tetapi dinamakan sebagai sukrosa, glukosa maltosa, fruktosa dan sebagainya. Berhati-hati dengan makanan yang berlabel sugar free. Ini kerana, kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula. Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.

Selesai sudah 10 Tips mengurangkan pengambilan gula dalam makanan, moga bermanfaat kepada semua. Jom jaga kesihatan untuk sekarang dan selamanya. Tambah manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan. Terima Kasih !
*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...