Tuesday, May 27, 2014

APA ITU INSULIN?

Assalamualaikum

Sebelum ni ada baca mengenai topik Tangan dan kaki kebas tanda awal kencing manis kan?? Cuba check diri sendiri.. Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan mengenai insulin. Apa itu insulin? Semua pernah dengar, tapi masih lagi tak faham maksud insulin sebenarnya. Bagi mereka hanya fikir, insulin diperlukan bagi penderita diabetes. Meh nak habaq!

Insulin ni sebenarnya merupakan hormon yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita daripada organ tubuh yang diberi nama pankreas. 

Dimana letaknya pankreas
sumber oleh pakcik google
Insulin berfungsi bagi menurunkan kadar gula dalam darah. Seseorang mengalami penyakit diabetes apabila pankreas hanya menghasilkan sedikit insulin atau tidak mampu mengeluarkannya langsung. 

Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes. Untuk pengetahuan semua, bagi tahap pertama atau permulaan diabetes, doktor lebih mencadangan penyakit hanya mengambil pil dan makanan yang seimbang bagi mengawal kadar gula dalam darah. Tetapi pada peringkat seterusnya if kadar gula dalam darah tidak dapat dikawal lagi oleh pil, doktor akan mengesyorkan pengambilan insulin. Dann ini cara terakhir yang doktor dapat berikan. Selebihnya alternatif kita sendiri dalam mengawal pemakanan dan senaman tubuh. 

Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Apabila kandungan gula dalam darah selalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah pada jangkamasa yang akan datang. Dengan mengawal kandungan gula dalam darah pada tahap yang baik, boleh memperlambatkan gejala diabetes. 


Baiklah setakat ini dulu yang dapat saya kongsikan mengenai insulin. Jumpa di lain entry !


*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...