Wednesday, May 28, 2014

APA ITU DIABETES?

Assalamualaikum

Secara umumnya diabetes(kencing manis) berpunca daripada kandungan gula yang tinggi didalam darah. Biasanya kandungan gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Tetapi akibat kekurangan insulin yang dihasilkan, ia menyebabkan penyakit diabetes. 



Dalam penyakit diabetes disebabkan kekurangan insulin sehingga menyukarkan proses mengeluarkan gula di dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Kerana itu orang yang memiliki penyakit diabetes ni apabila sampai tengahari je mereka akan nampak lemah semacam je. Buktinya, saya memang dah perhati sendiri dekat mak saya. Mak saya merupakan salah seorang yang menghidapi penyakit diabetes. Dah 20 tahun. fuhhh, lama. Arwah nenek saya juga merupakan penghidap penyakit diabetes, meninggal dunia kerana kuman luka dikakinya merebak ke seluruh badan. Doktor tidak dapat memotong kaki tersebut untuk berhentikan kuman yang merebak kerana faktor usianya yang terlalu tua. Hal ini berlaku sebelum saya mengenali shaklee. If saya dah kenal shaklee terlebih dahulu, pasti saya akan bagi nenek saya makan vitamin shaklee ni. Tapi dah ajal yang Allah tentukan. minta sedekahkan Al-fatihah ya.. 

Kembali kepada topik, apa itu diabetes? Diabetes mempunyai dua jenis. Jenis pertama ialah yang bergantung kepada insulin dipanggil Insulin Dependent Diabetes Mellitus, Diabetes mellitus ini biasanya terjadi pada kanak kanak dan remaja. Diabetes ini biasanya tidak dapat menghasilkan insulin.

Diabetes yang kedua pula ialah Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus ianya tidak bergantung kepada insulin. Diabetes ini selalu ditemui dan lebih 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Selalunya terdapat pada orang yang berumur dan berlebihan berat badan. 

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Maklumat lebih mengenai tanda tanda anda menghidapi kencing manis boleh ke entry TANGAN DAN KAKI KEBAS TANDA AWAL KENCING MANIS

Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:

* Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
* Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
* Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri


Anda ingin mengetahui siapa yang berisiko menghidapi penyakit diabetes ini? Dan juga bagaimana cara mengatasi daripada menghidapi penyakit ini. Nantikan entry akan datang okayy! 



*Jika anda berminat ingin mencuba produk shaklee ini boleh hubungi saya dengan kadar yang segera bagi mendapatkan konsultant EKSKLUSIF dari saya secara PERCUMA!!


Hubungi saya:
Atika Salleh
whatsapp: 0177811698
email: noratika.salleh@yahoo.com
pm facebook: www.facebook.com/messages/vitalife3

nota kaki: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Attention: COD available di seluruh kawasan JOHOR BAHRU dan berdekatan dengannya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga disediakan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...